Frequently Asked Questions


Bantuan (Help)

Kami berharap anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan daripada setiap persoalan yang diajukan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan dan jawapan ini tidak menepati apa yang dikehendaki, sila hubungi team kami melalui emel di: support@novelplus.co

Soalan Lazim (Frequently Asked Questions)

1. Apa itu Novel+?

Kami menyediakan platform yang menghubungkan Pembaca, Penerbit dan Penulis/Blogger. Info lanjut klik Tentang Kami.

2. Kenapa anda harus memilih Novel+?

Aplikasi kami menyediakan platform untuk anda berinteraksi bersama Pembaca dan Penulis melalui ruangan komen, forum dan media sosial yang disediakan oleh Novel+ .

3. Adakah Novel+ boleh dibaca secara percuma?

Ya , Novel+ boleh dibaca secara Percuma - Unlimited Free Reads. Untuk mengakses dunia bacaan lebih meluas, Novel+ turut menyediakan Pakej Premier (Berbayar). Ia bakal memberi kepuasan diluar jangkaan kepada anda.

4. Bagaimana saya ingin daftar masuk?

Untuk daftar masuk ke akaun Novel+, tekan butang "Daftar Masuk" di ruangan atas paparan . Masukkan nama dan kata laluan. Anda akan menerima kod aktif SMS bagi pengesahan akaun yang telah anda daftarkan. Setelah berjaya memperolehi akaun Novel+, anda boleh terus mengurus selia akaun anda, memaparkan komen di ruangan yang telah di tetapkan dan berkongsi apa yang anda suka berkenaan novel yang dibaca ke media sosial.

5. Bagaimana saya boleh mengurus selia "SIMPANAN" ?

Dalam ruangan "Simpanan Saya" , anda boleh mengemaskini novel+ anda dalam 3 kategori iaitu "Mengumpul", "Penanda" dan " Pembelian ".

  1. (Mengumpul): Meyimpan semua kandungan
  2. (Penanda) : Meyimpan semua kandungan yang telah di tanda
  3. (Pembelian) : Menyimpan semua kandungan yang telah dibelli

Semua kandungan dalam SIMPANAN boleh di padam / di buang dengan menggunakan butang SUNTING di ruang atas.

6. Bagaimana saya mahu kongsikan novel kesukaan saya?

Mudah saja dengan hanya menekan butang paparan yang di sediakan bagi berkongsi di laman sosial seperti "Facebook", "Twitter", "Line" dan sebagainya.

7. Bagaimana saya ingin membuat laporan atas sebarang kesilapan / ralat atau gangguan

i. Tutup aplikasi yang sedang digunakan dan padam. Sila beri perhatian bahawa setiap gangguan / ralat mungkin akan menganggu aplikasi yang sedang digunakan pada masa yang sama.
ii. Semak status rangkaian:

  • Bila sambungan rangkaian tidak stabil, paparan aplikasi Novel+ mungkin tidak boleh dibuka atau aplikasi tidak boleh digunakan. Sila semak sambungan rangkaian telefon anda.
  • Semak semula sambungan isyarat "WIFI" sekiranya tidak stabil atau memerlukan anda mendaftar semula
  • Sila hubungi rangkaian perkhidmatan penyedian anda sekiranya anda tidak boleh mendapatkan sambungan rangkaian atau cuba gunakan rangkaian yang lain ( tukar 3G kepada Wifi atau sebagainya)

Sekiranya masalah yang anda hadapi belum selesai setelah melalui proses seperti di atas , sila hubungi team Novel+ melalui emel untuk sebarang bantuan.

8. Apa perlu saya buat sekiranya episod novel yang sama terpapar berulang kali?

Anda boleh cuba untuk masuk semula ke aplikasi, kemungkin terdapat gangguan sementara. Sila hubungi kami untuk sebarang perkara dengan emel kepada: support@novelplus.co

9. Sekiranya saya boleh menulis novel, adakah pihak akan terbitkan karya saya ?

Kami menerima semua hasil karya penulis atau individu yang berminat menulis novel. Untuk maklumat lanjut boleh emel kepada team Novel+: content@novelplus.co

10. Adakah saya akan kehilangan hak eksklusif saya sebagai Penulis apabila karya saya dimuat naik di Novel+ ?

Hak ekslusif penulis kekal menjadi hak milik persendirian. Novel+ tidak akan menyentuh hak ekslusif tersebut.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkenaan penebitan novel secara digital / applikasi, boleh hubungi wakil kami melalui email di support@novelplus.co