KELUARAN TERBARU

Ketahui cerita yang bakal meletop

KARYA PENULIS BARU

Update terkini

Generic placeholder thumbnail
Ajaibnya Cinta !

t.ny

5

"Kadang-kadang cinta itu sangat menyakitkan hingga aku merasa terlalu serik untuk mempercayainya lagi. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang masih mengharapkan rasa cinta daripada seseorang. Salahkah untuk aku mencuba mencari cinta lagi setelah beberapa kali disakiti. Mungkin aku sendiri yang tidak pandai memahami apa itu cinta yang sebenar sehingga diperlakukan sedemikian rupa," Hannah Elvira. "Cinta? Masih adakah manusia yang percaya akan wujudnya keagungan dan keajaiban cinta itu yang sendiri. Bagi aku, semua itu karut sahaja. Tak mungkin masih ada yang jujur dengan cinta. Seseorang yang kononnya sayang dan cintai diri engkau bertahun lamanya juga mampu tinggalkan kau. Cinta memang tak pernah wujud," Aiden Han // Young-Bin. Pertemuan secara tak sengaja di antara Hannah Elvira dan Aiden Han sedikit sebanyak melahirkan bibit-bibit cinta. Walaupun kedua-duanya mempunyai sikap yang agak keras kepala, mereka boleh menyesuaikan diri untuk duduk semeja. Hannah yang pernah kecewa dengan cinta mula merasa selesa apabila Aiden seakan-akan memberi harapan padanya untuk kembali menyulam cinta. Tapi tanpa disedari, Aiden rupanya menyimpan suatu rahsia yang mampu membuatkan Hannah menjauhkan diri daripadanya. Aiden tetap dengan ego dirinya dan masih mempercayai bahawa tiada cinta suci dalam dunia ini. Peluang untuk merapatkan diri dengan Hannah perlu digunakan sebaik mungkin kerana dia tak mahu rahsianya pecah. Semua yang dilakukan olehnya adalah bersebab dan bukanlah kerana dia menyimpan perasaan pada Hannah. "Bukan salah aku kerana tinggalkannya. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan yang tidak tetap. Tipulah kalau aku katakan aku sudah tidak sayang padanya lagi. Jika diberi peluang, pasti akan aku manfaatkannya sebaik mungkin," Karl Isaac. Karl kembali menuntut cinta Hannah. Dia ingin menagih peluang untuk jelaskan semua permasalahan di antaranya dan juga Hannah hingga membuatkan hubungan mereka terputus begitu sahaja. Hannah tidak pernah memberikan peluang pada dirinya untuk menjelaskan apa yang telah berlaku.

10 TERHANGAT MINGGU INI

Jom lihat sekarang!

INI OHSEM!

Pasti anda pun suka

KISAH KITA

Dua insan bercinta

PENULIS SARAH

10 Novel pilihan

AWAL MUHARAM

Kisah Islamik pilihan

PILIHAN PEMBACA

Ketahui minat pembaca lain

NAKAL TAPI SWEET

Dia si pencuri hati